PAWer Insurance – Insurans Perubatan Untuk Haiwan Perliharaan Dari Petotum Dan Etiqa General Insurance Berhad
PAWer Insurance – Insurans Perubatan Untuk Haiwan Perliharaan Dari Petotum Dan Etiqa General Insurance Berhad
September 11, 2023

Bukan itu sahaja, trend terkini menunjukkan yang mana tabiat penjagaan haiwan perliharaan telah berubah dari masa ke semasa.

Dahulunya, haiwan perliharaan hanya sekadar haiwan perliharaan. Akan tetapi dalam tahun kebelakangan ini, haiwan-haiwan ini telah menjadi lebih daripada itu, atau kini dikenali sebagai ‘companion‘ yang mana mereka menawarkan sokongan moral kepada si pemilik selain memberikan emosi yang lebih positif dalam kebanyakan masa.

Oleh itu, apabila berlaku sesuatu penyakit yang kronik dalam kalangan haiwan perliharaan ini, semestinya para pemilik mereka ingin mendapatkan rawatan yang terbaik untuk mereka. Akan tetapi, untuk setiap rawatan itu, ia sebenarnya datang sekali dengan kos yang tinggi, yang hampir mencecah 5 angka.

Oleh itu, Etiqa General Insurance Berhad dengan kerjasama Petotum telah hadir dengan satu inisiatif baharu menerusi pengenalan insurans untuk haiwan yang dinamakan sebagai PAWer Insurance.

Bagi yang tidak mengetahui, Petotum merupakan sebuah syarikat teknologi yang memfokuskan kepada penawaran solusi untuk kemudahan penjagaan haiwan perliharaan.

Sementara Etiqa General Insurance Berhad pula adalah syarikat insurans yang kini komited dalam menawarkan bantuan kepada para pemilik haiwan dan juga industri vetarinari agar dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilik haiwan dengan lebih baik.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang PAWer Insurance?

Membezakan PAWer Insurance dengan insurans haiwan yang lain, syarikat ini menawarkan:

  1. Kemudahan kepada para pemilik haiwan perliharaan untuk berkunjung ke pusat kesihatan, klinik haiwan atau veterinar secara tanpa tunai.
  2. Memberikan perlindungan kepada para pemilik haiwan berkenaan dengan kos perubatan atau rawatan yang memerlukan pembedahan.
  3. Menawarkan perlindungan untuk pengembumian dan pembakaran haiwan – sewaktu kematian.
  4. Memberikan perlindungan untuk liabiti pihak ketiga.

Secara umumnya, insurans kesihatan ini merupakan polisi penjagaan kesihatan untuk haiwan kesayangan anda yang dikatakan akan membayar kepada anda untuk perbelanjaan perubatan tertentu.

Sekiranya berlaku kemalangan atau penyakit yang mengejutkan ke atas kucing mahupun anjing peliharaan anda, ia dapat melindungi kewangan dan menanggung kos sekiranya telah berdaftar di bawah insurans tersebut.

Untuk PAWer Insurans, Petotum dan juga Etiqa akan menawarkan perlindungan untuk perubatan veterinar sehingga RM8,000 setahun.

Dari segi pakej pula, terdpaat 3 pakej yang diperkenalkan, yang mana pakej paling mampu milik adalah serendah RM290 sehingga yang premium adalah RM790.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari PAWer Insurance dan mengetahui apakah tawaran perlindungan yang akan diberikan dibawah langganan ini.

Summary

Untuk pengetahuan anda, bilangan pemilik haiwan perliharaan dilihat telah meningkat secara ketara sewaktu pandemik. Ini berikutan gaya hidup pada waktu itu, individu rata-rata duduk di dalam rumah lebih lama jika dibandingkan pada tahun sebelum pandemik. Oleh yang demikian, haiwan perliharaan adalah salah satu cara untuk memastikan kestabilan emosi sewaktu situasi pandemik yang lepas.